Ciri Pemuda Bertaqwa: Lawan Kehendak Nafsu, Tinggalkan Maksiat, Dirikan Ibadah dan Taat
Sabda Rasulullah Sollallahu’alaihiwasallam:
“ Tujuh golongan; Allah Taala menaungi mereka di bawah naungannya pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya…. Antara mereka: pemuda yang hidup dalam ibadah kepada Allah….."
Dalam riwayat Salman: “ menghabiskan masa muda dan masa cergasnya dalam keadaan beribadah kepada Allah”
Dikhususkan dalam sabda Rasulullah Sollahu’alaihiwasallam dengan lafaz ‘pemuda’ kerana keadaan manusia ketika muda biasanya mempunyai gelora nafsu untuk melakukan maksiat yang lebih kuat dari keinginan untuk mengikut petunjuk dan hidayah. Oleh itu, sekiranya para pemuda berjaya melazimi ibadah dan mampu melawan nafsu serta meninggalkan maksiat, sesungguhnya keadaan itu lebih mendekatkan diri mereka untuk memperolehi ketaqwaan yang hakiki.
Firman Allah Taala:
“ Adapun sesiapa yang melampaui batas dan memilih kehidupan dunia, maka baginya neraka sebagai tempat tinggalnya. Dan adapun sesiapa yang takut dengan maqam Tuhannya dan menahan dirinya dari menurut kehendak nafsunya, maka baginya syurga sebagai tempat tinggalnya..”
Hayati bersama kalam menarik dari Saidina Umar Radiallahu’anhu di bawah;
Diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad dalam kitabnya, ‘Zuhud’ bahawa Amirul Mu’minin al-Farooq Saidina Umar bin al-Khattab Radiallahu’anhu pernah ditanya dengan satu soalan yang sangat menarik:
“ Wahai Amirul Mu’minin, antara orang yang mempunyai keinginan untuk melakukan maksiat dan mereka meninggalkannya; manakah yang lebih baik dengan orang yang tidak mempunyai keinginan untuk melakukan maksiat dan mereka tidak melakukannya? Siapakah yang lebih afdhal dan lebih bergantung kepada Allah Taala? ”
Lalu Saidina Umar Radiallahu'anhu menjawab:
“ Sesungguhnya orang yang mempunyai keinginan untuk melakukan maksiat dan dia meninggalkannya, itulah orang yang diuji hati mereka untuk memperolehi taqwa. Baginya keampunan dan ganjaran pahala yang sangat besar di sisi Allah Taala.”
Us Nik Abduh Nik Abd Aziz: Contoh Pemuda Bertaqwa
(Gambar semasa kunjungan beliau ke Mesir sebelum Ramadhan tahun lepas)
Hidup ini hakikatnya adalah ujian sebelum bertemu Allah Taala di hari kiamat. Kejayaan meninggalkan maksiat adalah kejayaan di dunia dan di akhirat. Apabila hati manusia disinari dengan cahaya hidayah, seluruh anggotanya pasti akan diarahkan untuk melakukan ibadah dan taat.
Wallahua’alam……
Dalam riwayat Salman: “ menghabiskan masa muda dan masa cergasnya dalam keadaan beribadah kepada Allah”
Dikhususkan dalam sabda Rasulullah Sollahu’alaihiwasallam dengan lafaz ‘pemuda’ kerana keadaan manusia ketika muda biasanya mempunyai gelora nafsu untuk melakukan maksiat yang lebih kuat dari keinginan untuk mengikut petunjuk dan hidayah. Oleh itu, sekiranya para pemuda berjaya melazimi ibadah dan mampu melawan nafsu serta meninggalkan maksiat, sesungguhnya keadaan itu lebih mendekatkan diri mereka untuk memperolehi ketaqwaan yang hakiki.
Firman Allah Taala:“ Adapun sesiapa yang melampaui batas dan memilih kehidupan dunia, maka baginya neraka sebagai tempat tinggalnya. Dan adapun sesiapa yang takut dengan maqam Tuhannya dan menahan dirinya dari menurut kehendak nafsunya, maka baginya syurga sebagai tempat tinggalnya..”
[an-Nazi’at: 36-41]
Tabiat dalam jiwa manusia sentiasa mengajak untuk melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Allah Taala. Lalu, al-Quran hadir memberi isyarat kepada manusia supaya menjauhi maksiat kepadaNya. Allah Taala mengehendaki supaya kita semua melawan kehendak hawa nafsu yang mendorong kepada maksiat dan Dia memalingkan kita ke arah ketaatan kepadaNya. Apa yang diinginkan oleh Allah Taala adalah supaya hambaNya mempunyai keazaman yang kuat untuk menjauhi dosa, sentiasa memperbaharui niat dan membangkitkan dalam diri mereka rasa pergantungan yang sebenar kepadaNya, RasulNya dan syariatNya yang mulia.Hayati bersama kalam menarik dari Saidina Umar Radiallahu’anhu di bawah;
Diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad dalam kitabnya, ‘Zuhud’ bahawa Amirul Mu’minin al-Farooq Saidina Umar bin al-Khattab Radiallahu’anhu pernah ditanya dengan satu soalan yang sangat menarik:
“ Wahai Amirul Mu’minin, antara orang yang mempunyai keinginan untuk melakukan maksiat dan mereka meninggalkannya; manakah yang lebih baik dengan orang yang tidak mempunyai keinginan untuk melakukan maksiat dan mereka tidak melakukannya? Siapakah yang lebih afdhal dan lebih bergantung kepada Allah Taala? ”
Lalu Saidina Umar Radiallahu'anhu menjawab:
“ Sesungguhnya orang yang mempunyai keinginan untuk melakukan maksiat dan dia meninggalkannya, itulah orang yang diuji hati mereka untuk memperolehi taqwa. Baginya keampunan dan ganjaran pahala yang sangat besar di sisi Allah Taala.”
Us Nik Abduh Nik Abd Aziz: Contoh Pemuda Bertaqwa(Gambar semasa kunjungan beliau ke Mesir sebelum Ramadhan tahun lepas)
Hidup ini hakikatnya adalah ujian sebelum bertemu Allah Taala di hari kiamat. Kejayaan meninggalkan maksiat adalah kejayaan di dunia dan di akhirat. Apabila hati manusia disinari dengan cahaya hidayah, seluruh anggotanya pasti akan diarahkan untuk melakukan ibadah dan taat.
Wallahua’alam……




0 comments:
Post a Comment