Followers

Antara Tanda Kesempurnaan Islam Seorang Muslim [Siri 4]


Hadis yang sedang kita bicarakan sekarang dan sebelum ini menunjukkan: sesungguhnya meninggalkan apa yang tidak berfaedah adalah tanda kesempurnaan Islam seorang Muslim. Apabila dia meninggalkan apa yang tidak berfaedah dalam kehidupannya dan bersungguh-sungguh melakukan perbuatan yang akan mendatangkan ganjaran di sisi Allah, maka telah sempurnalah kebaikan agama Islam dalam dirinya.

Telah diriwayatkan banyak dari Hadis Baginda Sollallahu’alaihiwasallam yang membicarakan kelebihan seorang Muslim yang baik dan sempurna keislamannya. Muslim yang mencapai tahap kesempurnaan ini akan digandakan pahala amalan kebaikan yang dilakukannya dan dihapuskan dosa keburukannya. Apa yang dapat kita fahami dari mutiara Hadis Baginda Sollallahu’alaihiwasallam menunjukkan bahawa gandaan bertambah mengikut tahap kesempurnaan Islam seseorang.

Imam Muslim meriwayatkan dalam kitab Sahihnya dari Abu Hurairah Radiallahu’anhu bahawa Rasulullah Sollallahu’alaihiwasallam pernah bersabda; “ Apabila telah baik Islam seseorang dari kamu, maka setiap satu amalan kebaikannya akan ditulis dengan sepuluh seumpamanya sehinggakan kepada tujuh ratus kali ganda. Setiap satu keburukan akan ditulis seumpamanya sehinggalah dia bertemu Allah Taala”


Gandaan kepada kebaikan yang dilakukan adalah sesuatu yang mesti diperolehi oleh seorang Muslim apabila dia melakukan amalan. Namun begitu, gandaan itu bergantung kepada kebaikan dan kesempurnaan Islamnya, keikhlasan niatnya dan keperluan kepada amalan itu serta kelebihannya seperti menderma harta untuk jihad, mengeluarkan harta untuk menunaikan haji serta memberi sedekah kepada kaum kerabat, anak yatim dan orang miskin. Begitu juga, dinilai amalan dari segi waktu-waktu yang memerlukan kepada perbelanjaan harta pada jalan Allah.

Oleh kerana itulah, seseorang Muslim perlu sentiasa berusaha untuk mencapai kesempurnaan Islam di sisi Allah. Mereka perlu sentiasa mengikhlaskan diri dalam setiap amalan yang dilakukan. Allah Taala tidak akan sekali-kali mengabaikan hambaNya yang benar niatnya ketika melakukan amalan. Sesiapa sahaja yang benar dalam amalannya pasti akan mendapat bantuan dan pertolongan Allah Taala untuk mencapai keredhaanNya.

Firman Allah Taala;

“ Sesungguhnya Allah Taala tidak akan berlaku zalim walaupun sebesar zarah. Jika ada kebaikan yang dilakukan sebesar zarah sekalipun nescaya akan digandakan ganjarannya dan akan diberi ganjaran yang sangat besar di sisi Allah Taala”


Bersambung dalam siri akan datang….

Antara Tanda Kesempurnaan Islam Seorang Muslim [Siri 3]

Paling banyak yang dimaksudkan dengan meninggalkan apa yang tidak berfaedah adalah menjaga lidah dari percakapan yang sia-sia sebagaimana Firman Allah yang tercatat dalam surah Qaf.

Firman Allah Taala;

“ Dan sesungguhnya kami telah mencipta manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya dan Kami lebih dekat kepadanya dari urat lehernya. Iaitu ketika dua orang malaikat mencatat amal perbuatannya, seorang duduk di sebelah kanan dan yang seorang lagi di sebelah kiri. Tiada suatu ucapan pun yang diucapkan melainkan ada malaikat di sisinya yang hadir dan memerhati apa yang diucapkan”

Dalam kitab Musnad diriwayatkan Hadis dari Saidina Husain bin Ali Radiallahu’anhuma bahawasanya Rasulullah Sollallahu’alaihiwasallam bersabda: “ Sesungguhnya daripada tanda kesempurnaan Islam seseorang adalah kurang percakapan dalam perkara yang tidak berfaedah”
Berkata Umar bin Abdul Aziz Rahimahullah: “ Sesiapa yang mengira percakapannya termasuk dari amalannya, maka kurang percakapannya kecuali dalam perkara yang bermanfaat”. Ramai dalam kalangan manusia merasakan bahawa percakapannya tidak termasuk dalam amalan yang akan dihisab oleh Allah sehinggakan dia berlebihan bercakap dalam perkara yang sia-sia dan tidak mendatangkan manfaat.

Diriwayatkan dari hadis Abu Hurairah Radiallahu’anhu bahawa Rasulullah Sollallahu’alaihiwasallam bersabda; “ Manusia yang paling banyak dosa adalah manusia yang paling banyak bercakap perkara yang tidak bermanfaat untuknya”

Diriwayatkan lagi dari Asad bin Musa katanya: Abu Ma’syar menceritakan kisah yang diriwayatkannya dari Muhammad bin Ka’ab Radiallahu’anhu bahawa satu hari Rasulullah Sollallahu’alahiwasallam mengkhabarkan kepada para sahabat: “ Orang yang pertama masuk kepada kamu semua adalah dalam kalangan ahli syurga”. Kemudian selepas itu masuklah Abdullah bin Salam Radiaallahu’anhu. Lalu berdiri seorang lelaki memberitahu apa yang telah diberitahu oleh Rasulullah Sollallahu’alaihiwasallam. Kemudiannya mereka semua bertanya: “ Beritahu kepada kami, apakah amalan yang paling baik yang diamalkan olehmu”. Jawab Abdullah bin Salam Radiallahu’anhu: “ Sesungguhnya amalanku sangat lemah, dan amalan yang paling baik yang aku amalkan ialah berlapang dada dan meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat untukku”

Abu Ubaidah meriwayatkan dari al-Hasan katanya: “ Antara tanda Allah Taala berpaling dari seorang hamba itu ialah Dia menjadikannya sibuk dengan perkara yang tidak mendatangkan manfaat untuknya”. Perkara ini lebih jelas terbukti kepada Saidina Luqman al-Hakim. Antara rahsia yang menjadikannya sampai ke darjat yang tinggi adalah disebabkan dia sentiasa benar dalam percakapannya dan mendiamkan diri dari bercakap perkara yang tidak mendatangkan manfaat untuknya.

Bersambung dalam siri akan datang….

Ikatan Janji Seorang Hamba Dengan Allah Taala

Firman Allah Taala;
“ (Tetapi) kerana mereka melanggar janji mereka, kami melaknat mereka (jauh dari pandangan rahmat) dan kami jadikan hati mereka keras……”

[ al-Maidah: 12]
Apakah perjanjian antara kita dan Allah Taala?

Sabda Rasulullah Sollallahu’alaihiwasallam;
“ Perjanjian antara kita dengan Tuhan kita adalah solat. Sesiapa yang meninggalkannya sesungguhnya dia telah kufur”

Kelembutan bahasa dalam dalam Hadis Baginda Sollallahu’alaihiwasallam terserlah kerana kalimah yang digunakan di dalam hadis adalah “telah kufur” (فقد كفر), tidak digunakan kalimah “maka dia adalah orang yang kafir” (وهو كافر). Kalimah “telah kufur” membawa maksud perkara itu bukan sesuatu yang kekal dan berterusan. Ianya boleh berubah apabila seseorang itu bertaubat kepada Allah Taala.

Setiap dari Muslim perlu sentiasa melakukan muhasabah ke atas diri mereka. Adakah mereka mendirikan solat sebagaimana yang telah diperintahkan oleh Allah kepada mereka? Ataupun mereka termasuk dalam golongan yang mengabaikan perintah dan janji mereka kepada Allah Taala sehingga membawa kepada kemurkaanNya? Semoga kita termasuk dari golongan pertama, dijauhkan dari menjadi golongan yang kedua, amin.

“ Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab (di hari kiamat), hitunglah amalan kamu sebelum amalan kamu dihitung (di hari kiamat)”

Sekiranya kita telah termasuk dalam kalangan hambaNya yang sentiasa menjaga solat lima waktu yang difardhukan, adakah kita telah berusaha untuk menunaikannya dengan sempurna dan menjaga hak-hak solat? Apakah itu hak-hak yang perlu dijaga ketika menunaikan solat?

Firman Allah Taala;
“ Sesungguhnya solat itu mencegah seseorang dari perbuatan keji dan mungkar”

Difahami dari ayat di atas bahawa sembahyang menghalang seseorang dari terjebak dalam perkara yang keji dan ditegah syara’. Sekiranya solat yang didirikan tidak mampu menghalang seseorang dari perkara yang dimurkai Allah, dia mestilah menilai kembali dirinya. Adakah dia telah mendirikan solat dengan sempurna? Apabila solat tidak mampu menghalang seseorang dari keburukan, bermakna dia tidak memandang serius janjinya dengan Allah Taala.

Masalah ini memerlukan kepada suatu muhasabah. Seseorang melakukan sembahyang dengan tergesa-gesa tanpa menjaga adabnya kemudian mendakwa telah mendirikan solat. Hakikatnya, dia tidak mendirikan solat sebagaimana diperintahkan oleh Allah Taala kepadanya. Solat sebeginilah menyebabkan seseorang tidak mampu membina kekuatan dalam diri untuk meninggalkan maksiat kepada Allah. Kesilapan bukan kerana dia mendirikan solat, akan tetapi berpunca dari kelalaiannya ketika mendirikan solat. Terlalu memandang mudah dan ringan dengan tanggungjawabnya kepada Allah.

Namun begitu, bukan bermakna seseorang boleh meninggalkan solatnya apabila solatnya tidak mampu mencegahnya dari terjatuh dalam perkara yang diharamkan syara’. Setiap muslim wajib menunaikan janjinya ini dengan Allah Taala samada dia mampu menghadirkan rasa khusyu’ dalam sembahyangnya ataupun tidak. Solat tetap wajib ke atas dirinya. Tidak ada pengecualian untuk mereka.

Dapatkan buku tulisan Ulama' terkenal tanah air: Khusyu' Dalam Solat

Sembahyang adalah tiang agama. Solat itu adalah janji kita dengan Allah Taala. Apabila kita menanggalkan janji yang telah diikat, laknat Allah akan menimpa. Laknat bermaksud jauh. Jauh daripada pandangan rahmat dan kasih sayang Allah Taala. Cubalah untuk menghayati ungkapan bismillahirrahmanirrahim yang diungkapkan setiap kali kita memulakan perbuatan mahupun perkataan. Seseorang yang dilaknat adalah manusia yang jauh dari Allah Taala Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Apabila jauh dari rahmat Allah Taala, perkara ini mendorong kepada kerasnya hati. Lembut adalah tanda sesuatu itu hidup, keras adalah tanda mati. Orang yang hatinya keras bermakna hatinya telah mati. Hati yang keras dan mati tidak terkesan dengan apa yang berlaku disekelilingnya. Melakukan sesuatu mengikut akal dan hawa nafsu semata-mata tanpa panduan syara’. Keadaan inilah menjadikan seseorang itu terjerumus ke lembah kehinaan di dunia dan di akhirat.

* Intipati pengajian Tafsir al-Quran bersama as-Syeikh ad-Doktor Ali Jumu'ah Hafizohullah, Mufti Mesir di Masjid Sultan Hassan, 20 Jamadilawal 1430H

Sumber: http://usramedic.blogspot.com/

Sedikit pengenalan tentang blog usrahmedic;

Blog ini merupakan medan berhimpunnya ahli-ahli usrah yg terdiri daripada pelajar-pelajar perubatan Tahun Satu Terengganu 2009 di alam siber. Mudah-mudahan keberadaan mereka di Bumi Anbiya' ini dikurniakan limpahan ilmu dan pengalaman. Jumlah mereka ialah 6 orang. Sedang menuntut di Ain Shams University.

'Doktor' yg dilantik menjadi ketua usrah ini ialah Abd Malik Sufri b. Zaid. Ahli-ahli usrah pula ialah, Muhammad Hasyim. Che Ngah, Khairun Najmi Asyraf b. Mohd Azmin, Mohd Zulkhairi b. Sulaiman, Che Mohammad Nur Anas b. Che Kadir dan Mohd Fahami b. Ariffin.

Usrah ini diletakkan di bawah Biro Dakwah Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu (KPT), yg diketuai oleh Ustaz Abdul Manan b. Jusoh. Naqib yg mengendalikan usrah ini untuk sesi ini ialah as-Syeikh Ahmad Fahmi b. Che Nordin.

Blog ini juga menjemput 4 orang penulis jemputan untuk membuat pengisian di blog ini. Mereka ialah Ustaz Muhammad Safwan b. Samsuddin, al-Faqir Muhammad Syukri b. Mohd Nazar, Ustaz Muhammad Farezuan dan Doktor
Tengku Abdul Kadir Bin Tengku Zainal Abidin.

Antara Tanda Kesempurnaan Islam Seorang Muslim [Siri 2]

Sesiapa yang mengabdikan diri kepada Allah dalam keadaan merasai Allah Taala dekat dengannya dan sentiasa memerhatikan gerak-geri hatinya maka telah sempurnalah keislamannya. Hasil daripada sifat inilah, dia meninggalkan apa yang tidak mendatangkan kebaikan dan pahala untuknya pada nilai syara’. Kemudian, dia menyibukkan diri dengan usaha melakukan perkara yang akan mendatangkan kebaikan untuknya dunia dan akhirat.

Maka, lahirlah dari sifat ihsan yang wujud dalam diri seseorang itu perasaan malu kepada Allah Taala apabila dia melakukan sesuatu yang tidak disukai olehNya. Sebagaimana seseorang malu untuk melakukan perkara yang tidak mendatangkan manfaat di hadapan orang yang dihormati dan disegani olehnya.

Sabda Nabi Sollallahu’alaihiwasallam;
“ Apabila kamu tidak mempunyai perasaan malu, lakukanlah apa sahaja yang kamu inginkan”

Dalam Musnad al-Imam at-Tirmizi daripada Ibnu Mas’ud Radiaalhu’anhu dengan sanad yang bersambung kepada Rasulullah Sollallahu’alaihiwasallam; “ Malu kepada Allah Taala itu: menjaga kepala (pancaindera-mata,telinga,lidah…) dan perkara yang dilarang darinya , menjaga perut.., mengingati mati dan ujian. Dan sesiapa yang inginkan akhirat hendaklah dia meninggalkan perhiasan dunia. Sesiapa yang melakukan yang demikian itu, sesungguhnya dia telah malu kepada Allah dengan sebenar-benar malu”.

Berkata sebahagian dari mereka: “ Malulah kepada Allah dengan kadar dekatnya Allah denganmu, takutlah kepada Allah dengan kadar berkuasanya Allah ke atasmu”. Berkata sebahagian ulama’ yang dekat dengan Allah; “ Apabila kamu bercakap ingatlah pendengaran Allah terhadap ucapanmu, apabila kamu diam ingatlah penglihatan Allah kepadamu”

Antara ucapan yang pernah diungkapkan oleh sebahagian dari salaf; “ Sesiapa yang mengetahui bahawa sesungguhnya kalamnya sebahagian dari amalannya (yang akan dihisab oleh Allah), kuranglah percakapannya dari perkara yang tidak berfaedah. Dan sesiapa yang bertanya tentang perkara yang tidak bermanfaat untuknya, dia akan mendengar jawapan yang tidak disukainya”.

Dikatakan hadis ini merupakan dari Himpunan Mutiara Kata Baginda Solllahu’alaihiwasallam yang ringkas tetapi mengandungi mesej yang sangat luas dan mendalam serta tidak pernah diucapkan sebelumnya. Adapun yang diriwayatkan dari Suhuf Nabi Syis dan Nabi Ibrahim ‘Alaihima wa ‘ala Nabiyyina Afdholas Solatu was salam: “ sesiapa yang mengira kalamnya adalah sebahagian amalannya, kuranglah percakapannya dari perkara yang tidak berfaedah” khusus untuk percakapan sahaja.

Adapun Hadis Baginda Sollallahu;alaihiwasallam yang disebut diatas meliputi perkara yang lebih umum dari sekadar percakapan. Ianya meliputi segala perkara yang dianggap tidak membawa kebaikan dan faedah kepada manusia. Segala perkara dari permainan, hiburan, perkara yang menjatuhkan maruah, berlebihan dalam perkara dunia, gilakan pangkat dan kedudukan, suka dengan pujian dan segala perkara yang lain dari perkara yang tidak memberi kebaikan dan pahala DI SISI ISLAM termasuk dalam perkara membuang masa yang ditegah dalam Islam. Bukan kerana itu manusia dicipta oleh Allah.

Berkata al-Hassan al-Basri Radiallahu’anhu: “ Kami mendapati satu kelompok manusia yang sangat cermat menjaga waktu mereka lebih cermat dari kamu menjaga wang emas dan wang perakmu. Sebagaimana kamu tidak suka membelanjakan wang itu melainkan di tempat yang mampu membawa pulangan yang besar padamu, begitulah mereka tidak suka memperuntukkan masa yang ada melainkan dengan melakukan perkara yang akan menghasilkan kebaikan pahala dan ganjaran di sisi Allah”

Bersambung dalam siri akan datang….

Antara Tanda Kesempurnaan Islam Seorang Muslim [Siri 1]

Daripada Abu Hurairah Radiallahu’anhu katanya; Rasulullah Sollallahu’alaihiwasallam bersabda:
“ Antara tanda kesempurnaan Islam seseorang, dia meninggalkan apa yang tidak perlu baginya” –
( Hadis Hasan, Riwayat al-Imam at-Tirmizi dan lainnya)

Hadis ini merupakan antara asas yang terpenting dari asas-asas adab dalam Islam. Al-Imam Abu ‘Amru bin as-Solah menceritakan; dari al-Imam Abu Muhammad bin Abu Zaid ( Imam Mazhab Maliki di zamannya) bahawa sesungguhnya beliau berkata: Himpunan Adab Kebaikan itu tercakup dalam empat Hadis Baginda Sollallahu’alaihwasallam:

1) “ Sesiapa yang beriman dengan Allah Taala dan Hari Kiamat, maka ucapkanlah perkataan yang baik ataupun dia diam….”
2) “ Antara tanda kesempurnaan Islam seseorang, dia meninggalkan perkara yang tidak berguna baginya”
3) Wasiat Baginda Sollallahu’alaihiwasallam: “ Jangan marah”
4) “ Orang yang beriman itu cinta kepada saudaranya sepertimana menyintai dirinya sendiri”

Berkata al-Imam Abu Daud; aku meneliti pada hadis dalam Musnad, di dalamnya empat ribu Hadis Baginda Sollallahu’alaihiwasallam. Kemudian aku meneliti empat ribu hadis itu beredar di atas empat Hadis Baginda Sollallahu’alaihiwasallam;

1) Hadis Nu’man bin Basyir: “ Halal itu jelas, haram itu jelas…….”
2) Hadis Umar: “ Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat…”
3) Hadis Abu Hurairah: “ Sesungguhnya Allah Taala itu baik dan tidak menerima melainkan perkara yang baik……..”
4) Hadis Abu Hurairah: “ Antara tanda kesempurnaan Islam seseorang, dia meninggalkan perkara yang tidak berguna baginya”

Kemudian al-Imam Abu daud berkata: “ Dan setiap hadis daripada hadis ini adalah seperempat dari Islam”.

Bukanlah yang dimaksudkan meninggalkan perkara yang tidak berfaedah ini berdasarkan hawa nafsu dan kehendak diri, tetapi mengikut pandangan dan ketetapan syara’ dalam agama Islam. Maka, disebut dalam hadis dengan perkataan “ Antara tanda kesempurnaan Islam seseorang..”. Tanda kesempurnaan Islam seseorang itu adalah dengan meninggalkan apa yang tidak berfaedah di sisi Islam dari perbuatan dan perkataan yang diucapkan. Sebagaimana disebut dalam syarah Hadis Jibril bahawa sesungguhnya keislaman yang sempurna dan terpuji adalah meninggalkan perkara yang diharamkan dan dilarang oleh Syara’ dari melakukannya. Sabda Baginda Sollallahu’alaihiwasallam; “ Orang Islam itu ialah orang yang terselamat saudaranya dari (kejahatan) lidah dan tangannya”.

Justeru, hakikat sebenar kesempurnaan Islam seorang Muslim itu ialah meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat semuanya termasuklah darinya perkara-perkara haram, syubhah, makruh, perkara harus yang berlebihan dan tidak diperlukan. Perkara ini akan wujud dalam diri seorang Muslim apabila dia mencapai tahap kesempurnaan iman dan mencapai darjat ihsan iaitu ;mengabdikan diri kepada Allah seolah-olah dia melihat Allah dan sekiranya dia tidak melihat Allah, sesungguhnya Allah melihatnya.

Bersambung dalam siri akan datang….

jangan selalu overtime

Baik-baik bila pergi ke KLCC..
bawa kawan jangan sorang- sorang..
Kisah benar yang mengerikan lagi menyeramkan ini terjadi kepada seorang staff lelaki yang bekerja di tingkat 40 bangunan KLCC.

Pada hari tersebut (hari khamis malam jumaat) beliau ada membuat OT dan terpaksa pulang agak lewat kira-kira jam 11 malam sendirian..

Sampai di depan lif, dia pun tekan untuk turun.
kemudian, pintu lift terbuka tanpa ada siapa2 didalamnya...
Dia masuk dan tekan tombol "G" untuk ke Ground floor.

Tetapi entah mengapa, lift yang dia naiki itu terus naik ke atas.
Ketika sampai ditingkat 59 lift tersebut berhenti.

Dan pintu lif terbuka kemudian masuklah seorang perempuan yang kelihatan sungguh cantik dan menawan sekali sambil tersenyum manis.

Dia tak pernah melihatnya sepanjang bertugas di KLCC.
Perempuan tadi pun masuk dan berdiri dibelakangnya.
Dia tertanya-tanya didalam hatinya...
siapa perempuan itu,dan kenapa sudah lewat malam belum pulang ke rumah.

Mau disapa terasa malu pula, jadi masing-masing saling diamlah.
Dalam suasana hening sepi itu, lift tersebut terus meluncur turun dari satu tingkat kesatu tingkat.

Tiba di tingkat 13, lampu lift padam dan lift terhenti seketika dia mencium bau yang teramat busuk, yang mengganggu hidungnya ..


bulu romanya tiba-tiba saja merinding ...
dia pun mula membaca ayat-ayat suci yang terlintas di-ingatannya sambil memberanikan diri dan menoleh kebelakang setelah lampu lift menyala.

Tiba-tiba saja, perempuan yang berada belakangnya ketawa .........









dan segera berkata..... ...









"Maaf ya.... saya kentut.... Anda tidak marah kan ?"


bantal

Terdapat beberapa kategori bantal dan perwatakan:


1) Memeluk Bantal

Mereka yg suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka Mempunyai penghargaan yg tinggi terhadap lukisan,muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yg boleh membaca peristiwa yg akan berlaku melalui mimpi. Mrk juga sgt prihatin terhadap kesusilaan.


2) Menggunakan Banyak Bantal


Mereka biasanya kurang kenyakinan.Dalam kehidupan seharian Mereka memerlukan banyak pendamping. Mrk jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.


3) Tidur Dengan Satu Bantal


Mrk bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mrk juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki


Mrk mempunyai sifat kurang baik. Mrk jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mrk cenderung bersifat egois. Mrk juga gemar menempuh jalan pintas utk mencapai cita2. Mrk tdk suka berusaha.


5) Tidur tanpa Bantal


Mrk memiliki sifat percaya diri yg sangat tinggi.
Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

6) Tidak punya bantal

Kasihan betul...pegi kedai belilah satu!

generasi X

GENERASI X...

apa ertinya kehidupan
kalau tak tau tujuan
hidup mau cari untung
kalu rugi menyusahkan diri

buat ape tanye orang
buat dulu baru tau
kalau gagal bukan mati

buka minda, buka fikiran
jangan kolot nanti ketinggalan

style aku
cara aku
buat ape
kau nak sibuk?

kitalah generasi X
generasi baru
tak takutkan cabaran dan rintangan
pantang dicabar akan melawan
cara kami, hidup kami
buat ape kau nak peduli

hidup ini umpama kertas
terpulang pada kita nak mencorakkanya
yang penting kau ada wawasan
jangan ikut rentak orang

yang penting hidup mau enjoy
hidup mau happy
hidup mau ranggi

tetapkan tujuan dan fikiran
jangan fikir 2 kali

peluang datang hanya sekali
percaya pada diri sendiri
bangunlah semua majukan diri....

hero

HERO....

dari pagi ke malam aku bekerja
tangan dan otakku tak ubah macam mesin saja
pernahkah kau terfikir pasal benda lain
benarkah kau betul-betul ingin lakukan semua ini

menjana hidup untuk bahagia
mungkin menjadi semacam rutin
gunakan semua kudrat yang ada
semata-mata ingin berjaya

bagi kita, kaya atau papa
semua itu tiada ertinya
bersaksikan manusia
hancurkan segala harta
tinggalkan hanya harapaN

hidup dalm alam realiti
apa yang perlu adalah hanya
bergantung kepada usaha sendiri
untuk mencapai angan menjadi
realiti bukan fantasi

selama ini pun
kita tidak memerlukan imaginasi
mana dia superman
hanya wujud musuh yang cuba mengambil kesempatan

kita tidakperlu semua
demi cita-cita kita banyak
mengorbankan banyak benda
demi hidup kita kena berusaha
menghadapinya

ada apa dengan cita-cita
hinggakan ramai orang bermatian untuk menggapainya
cita-cita memang sesuatu yang menakutkan
benar-benar menakutkan

hidup dalam alam realiti
apa yang perlu adalah hanya
bergantung kepada usaha sendiri
untuk mencapai angan menjadi
realiti bukan fantasi

selama ini pun
kita tidak memerlukan imaginasi
mana dia superman
hanya wujud musuh yang cuba
mengambil kesempatan

kita tidak perlu semua
demi cita-cita kita banyak
mengorbankan banyak benda
demi hidup kita kena berusaha menghadapinya

ITU BARU HERO...!!!!!

Selamat Datang Ke AlumniKostaq

Semoga, dengan kewujudan blog ini akan menambahkan ukhuwwah di antara kita.

Untuk makluman semua sahabat2.. Blog kostaqfriendsclub.com telah dilupakan password oleh pengendalinya. mungkin kerana terhantuk semasa tidur. Maka lahirlah blog yang baru. Kesimpulannya, tulislah Login ID dan Pasword anda kemudian simpan dalam phone or notebook.

Seberang kesulitan atau kelembapan meng "update" blog amat dikesali. Barangsiapa yang ingin menjadi admin bagi blog ni dipersilakan, kerana blog ini amat memerlukan tenaga dan idea kreatif anda untuk menceriakannya. Lain padang lain belalang, lain orang lain ragamnya.

Renung-renungkan dan selamat beramal.