Followers

Jauhi Dari Pandangan Yang Diharamkan Selepas Melepasi Madrasah Ramadhan!!!

Allah Taala ketika mencipta hambaNya, dia menyusun segala urusan untuk mereka dengan manhaj-manhajNya untuk kebaikan mereka. Bukan untuk manfaatNya!

Bulan Syawal biasanya dipenuhkan dengan rancangan-rancangan yang melalaikan. Pesan ulama’-ulama’ kita; jauhi dari terjatuh dalam perkara yang diharamkan oleh Allah Taala. Cubalah untuk menjadi hamba yang beradab dengan Allah Taala. Bersihkanlah rumah-rumah kita daripada pandangan-pandangan yang tidak baik. Selepas berlalunya Ramadhan, janganlah kita terus mencari dan membeli filem-filem yang melekakan. Beginikah keadaan orang yang diterima amalannya di bulan Ramadhan? Sekiranya dosa seseorang itu telah diampunkan, nescaya mereka akan benci kepada pandangan-pandangan yang diharamkan.

Adakah kita mahu menyahut seruan nafsu ammarah dalam diri yang menyebabkan mata kita akan dibakar oleh api neraka di hari kiamat? Sesiapa yang memenuhkan matanya untuk melihat kepada perkara yang haram dilihatnya, nescaya Allah Taala akan memenuhkan matanya dengan api neraka di hari kiamat. Bersihkanlah rumah kita dari filem-filem dan majalah-majalah yang memaparkan aksi-aksi yang diharamkan. Jauhkanlah rumah kita dari perkara yang akan membawa kepada penyesalan di hari kiamat.

Wahai seluruh umat Islam, kita menanti keistimewaan dan kelebihan yang akan dibawa oleh orang yang berjaya dalam madrasah Ramadhan. Hasil yang akan membawa ketenangan dalam jiwa serta kebaikan dalam masyarakat. Kejayaan yang akan membawa kebahagiaan hidup di dunia serta di hari akhirat.

1 comments:

Anonymous said...

mmg betul sgt.. rasanya sejak saya remaja lagi mghadap TV sepanjang Raya pertama hingga kelima tu dah jadi Trend. Skrg ni pulak dah jadi trend tiap Satu Syawal je pergi melancong.. Budaya menziarahi (apatah lagi bermaafan) dah makin nak terkubur..
Mujur orgtua saya berkeras agar kami adik-bradik berziarah saudara yg lebih tua. Skrg time kita pulak latih dan fahamkan anak2 generasi kita ttg mengapa Satu Syawal itu bukan utk entertainment semata2..Semoga Allah sentiasa beri petunjuk buat kita..

Post a Comment