Followers

Selamat Pengantin Baru Dan Lama

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah selepas langkah pertama mendirikan rumah tangga dimulakan oleh saudara Ahmad Muzani dengan pasangannya saudari Siti Norul Aini Hasmidar, kemudian diikuti pula dengan saudari Nurul Ruqaiyah Khairuddin dan pasangan Taufik Husin.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs253.snc4/39966_422828431157_663111157_4929897_5012523_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs154.ash2/41020_128027487243164_100001077394598_145666_6276273_n.jpg
Gambar diambil daripada facebook.

Hari ini bakal dan telah melangsungkan perkahwinan seorang lagi sahabat kita iaitu Fadhil bin Abdul Hamid dengan pasangannya yang saya tidak pasti orang manakah beliau.

Apapun dan dengan siapa pun mereka melangsungkan perkahwinan, kita sama-sama doakan kebahagiaan mereka dunia dan akhirat dengan doa yang masyhur :

بارك الله لك وبارك عليك وجمع بينكما في خير

“Semoga Allah memberkatimu di saat rumah tanggamu dalam keadaan harmoni, semoga Allah memberkatimu di saat rumah tanggamu terjadi kerenggangan, dan semoga Allah mengumpulkan kalian berdua di dalam kebaikan”

Alhamdulillah, terbina lagi sebuah masjid serta bait muslim bagi melahirkan serta meramaikan umat nabi Muhammad s.a.w. Moga-moga dengan pembinaan serta ikatan yang sah ini bukan hanya meramaikan umat Islam tetapi biarlah anak-anak yang lahir itu diasuh dan dididik untuk perjuangan Islam demi menegakkan kalimah Allah dimuka bumi ini.

Kita tunggu, giliran siapakah selepas ini...

Rasanya belum terlambat untuk mengucapakan Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin buat semua warga KOSTAQ Dan Imtiaz Dungun, kepada yang belum berpuasa 6 mulakanlah puasa anda, jangan tunggu dipenghujung syawal. Takut-takut kita tidak sempat untuk melaksanakannya.

Panduan kepada sahabat untuk puasa sunat 6 syawal terutama wanita. Ada 2 pendapat ulama. 1. Buat wajib dulu yakni qada' dulu kemudian baru buat yg sunat 6 hari.
2. Bila qada puasa pd 6 syawal dpt sekali fadhilat puasa 6 syawal. Yg penting jgn sampai tak buat 6 syawal sbb bila puasa Ramadhan dan 6 dibulan Syawal seoalh puasa penuh sepanjang tahun. Selamat berpuasa 6.


Kepada yang sudah merayakannya Selamat Hari Raya 6. (hehe)..

Giliran siapa pula selepas ini agaknya ye yang bakal mendirikan rumah tangga? Dengar-dengar kata seorang senior banin kita dah tak lama lagi dah. Siapakah beliau? Hehehe.. Sama-sama kita tunggu.. Jangan tanya orang lain bila, tanya kat diri kita la, bila agaknya?

Grand Reunion Coming Soon..

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs369.snc4/45265_153065034720457_100000508851984_409630_5995939_n.jpg

Grand Reunion Exsim

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu'alaikum warahmatullah.

Kehadapan sahabat-sahabatku yang dirindui dan disayangi. Moga kalian sentiasa berada dalam perlindungan, rahmat dan tarbiyah dari Allah. :)

...Saya dengan rendah hatinya ingin meminta jasa baik kalian, bekas2 pelajar SM Imtiaz Dungun (1st, 2nd, 3rd Batch KOSTAQ n 1st Batch Imtiaz) @ (SPM '05, '07, '08, '09), supaya memberikan maklumat profile terkini kepada saya untuk memudahkan gerak kerja penyebaran maklumat program yang insyaAllah bakal diadakan pada 1 Januari 2011 iaitu Grand Reunion.

Berikut info2 yang perlu disertakan:
- Nama penuh
- Asal
- Batch ke berapa
- Tempat pengajian terkini
- No phone
- Email add
- FB (jika ada)

Selain itu, maklumat2 ini juga saya ingin kumpul sebagai database setiap batch untuk simpanan saya supaya mudah jika pihak exSIM ingin membuat sebarang rujukan dan makluman.

InsyaAllah untuk maklumat2 atau info2 berkenaan dengan program yang masih dalam perancangan itu, kami pihak urusetia program akan memaklumkan informasi2 dari semasa ke semasa. Sebarang cadangan, komen, pandangan atau pendapat mengenai program ini, kami sangat mengalu-alukannya.

Segala keprihatinan dan kerjasama dari kalian amatlah diharapkan dan saya dahului dengan ucapan jazakumullahu khairan jaza'.

Sekian, terima kasih.

-Siti 'Aishah Jauhara binti Surtahman, Setiausaha 1 exSIM- ^_^

Sila Klik Disini

Iftor Jamai'e Exsim Penuh Mahabbah

Bismillah wal Hamdulillah.

Allahumma solli wa sallim 'ala Muhammad wa alihi Muhammad.

Alhamdulillah, semalam baru sahaja berlangsungnya program Iftor Jamai'e exSIM (ex-Student Imtiaz Dungun), bertempat di Musolla Engine, UIA Gombak. Dengan kehadiran ahli seramai 7 orang muslimin dan 17 orang muslimat cukup membuatkan kami kasih dan senang akan kesudian mereka menghadiri program kali ini.


Program yang bermula pada jam 5.00 petang iaitu membeli juadah berbuka di bazar UIA Gombak, kemudian disusuli dengan tadarus + zikir di Musolla Engine di samping menunggu ketibaan sahabat-sahabiah ke UIA. Terharu tidak terhingga kerana ada sahabat sahabiah yang sanggup datang dari jauh, dari UIA Kuantan, dari Penang, dari UIA PJ, dari UM, dari UITM Shah Alam, dari DQ Jakim, dan juga mereka yang dari Mesir dan Syria yang pulang bercuti.

Program diteruskan dengan juadah ringan selepas masuknya waktu berbuka (azan Maghrib), kemudian kami solat maghrib berjemaah. Setelah itu, kami menjamu selera juadah berbuka yang telah dibeli di bazar + mashed potatoes yang dibawa oleh Kak Athirah Ghani. Terima kasih atas sosnya. :)

Kemudian, sebelum masuk waktu Isya', kami berkumpul untuk adakan sedikit sesi ta'aruf, al-maklumlah ada yang tidak ingat nama, ada yang tidak cam rupa, ada juga yang tak perasan orang yang satu batch dengan dia!~

Kami juga mengambil kesempatan untuk mendengar sedikit ucapan dari wakil-wakil Mesir, iaitu Ijlal Syamim (mewakilkan Anas Mazli untuk bercakap. ^^) dan Kak Athirah Ghani, serta wakil Malaysia merangkap wakil exSIM, iaitu Abg Shafiq Halim.

Majlis diteruskan lagi dengan agenda hal-hal berbangkit. Beberapa kiriman salam dari sahabat-sahabiah yang tidak dapat hadir dan beberapa pengumuman telah dibuat. (akan distatekan di bawah)

Majlis berakhir selepas kami menunaikan solat Isya' dan solat Tarawih berjemaah. Kemudian bersurai.~

Jutaan terima kasih khusus buat mereka-mereka yang dapat menghadirkan diri dan kepada mereka-mereka yang teringin untuk hadir akan tetapi dek jarak yang jauh dan mempunyai komitmen yang lain, usah berduka cita, insyaAllah jika ada rezeki, Allah akan temukan kita jua suatu hari nanti.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua urusetia yang sama-sama mengendalikan majlis. Jazakumullah juga kepada mereka yang menguruskan bab-bab pengangkutan ni. Semoga Allah membalas jasa dan budi baik kalian. Moga ikhlas dan pahala buat kalian dilipatgandakan di bulan yang mulia ini.

Di akhir majlis, tersentuh apabila pengerusi majlis mengingatkan kami kembali untuk beristighfar dan berselawat kerana mungkin kami ada ketawa + gelak + gurau yang keterlaluan. Moga perjumpaan kali ini mendapat naungan dari Allah, insyaAllah mudah-mudahan.

p/s: Kepada ahli exSIM, ust Hasbullah Mohamad menjemput kita ke rumahnya (area Gombak juga) untuk berbuka puasa pada hari Selasa (31/8/2010). Jadi sesiapa yang berminat (??) atau dapat hadir, sila inform kepada ana selewat2nya esok. Jazakumullah..

Credit to : Aishah Jauhara

Iftor ExSim 2010-Jom2..

Selamat Pengantin Baru Ahmad Muzani

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t.

"Barakallhulakuma wabara alaikuma wajamma'a bainakuma fil khair"

Alhamdulillah dan setinggi syukur kepada Allah s.w.t. kerana mengurniakan nikmat kepada hamba-hambanya. Syukur yang tidak terhingga kerana Engkau telah mempertemukan dua orang hamba-Mu dijalan yang engkau redhai.

Tahniah kepada saudara Ahmad Muzani bin Abd Rahman yang akan melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya saudari Siti Norul Aini Hasmidar bt Md Razali pada 20 Mei 2010 ini. Bertempat di kompleks Asrama Darul Iman @ Rumah Terengganu, Kaherah, Mesir. Pada hari Khamis pagi InsyAllah.

Rasanya, kalau tidak silap inilah buat pertama kalinya pelajar atau lepasan Kostaq yang akan mendirikan rumah tangga. Maaf kalau ada lepasan KOSTAQ yang telah mendirikan rumah tangga @ bait Muslim terlebih dahulu. Rasanya, belum ada.

Untuk makluman semua, Ahmad Muzani merupakan pelajar generasi pertama Kolej Sains & Teknologi Al-Quran YT Besut. Sering tampil menjadi vokalis nasyid dan qari Al-Quran semasa di sekolah dahulu. Kemudian selepas menamatkan Peperiksaan Menegah Rendah (PMR) di Imtiaz Dungun, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang agama di Sek. Men. Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, [SMAASZA] Batu Burok, Kuala Terengganu.

Dan kini melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Ijazah Sarjana Muda (BA) dalam bidang Syariah Islamiah di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir dan baru tahun pertama disana. Pasangan beliau pula saudari Siti Norul Aini Hasmidar bt Md Razali seorang yang aktif dalam persatuan semasa di SMAASZA. Sama-sama menamat Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di SMAASZA dan kini menuntut di Universiti yang sama dan jurusan yang sama dengan pasangan beliau.

Sama-samalah kita mendoakan kebahagiaan Ahmad Muzani dan pasangannya sehingga ke ahir hayat. InsyaAllah. Akhir kalam, Barakallahulakuma wabaraka alaikuma wa jamma'a bainakum fil khair' Amin..

p/s : Lepas ni giliran sape pulak yer? Senior2 tak tercabar ke nak mengikut jejak langkah Muzani? Hehe..

Petikan Awal Dari Ucapan Al-Da'eiyatul Al-Islamiyy Al-'Alim al-'Allamah Al-Habib An-Nasib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz Hafizohullah

" Segala puji bagi Allah yang mengumpulkan kita untuk Dia memberi manfaat kepada kita, memberikan taufiq kepada kita berdoa kepadaNya untuk Dia mendengari rintihan kita, menjalankan di atas lidah dan hati kita dengan zikir mengingatiNya untuk Dia juga mengingati kita, dan mengizinkan adanya peringatan dengan hukum-hakamNya serta dekat denganNya dan RasulNya Sollallahu'alaihiwasallam untuk diperingatkan hati kita, menyebarkan rasa saling menyayangi untuk Dia mencintai kita, menjadikan perhimpunan ini perhimpunan kebaikan untuk kita selamat di hari perhimpunan paling besar di Hari Kiamat.

Dialah Allah Taala yang berfirman dalam Hadis Qudsi:

" Wajiblah kasih-sayangKu kepada sesiapa yang saling menyayangi keranaKu, orang yang saling berkumpul keranaKu, saling menziarahi keranaKu".

Rasululullah Sollahu'alaihiwasallam, Sayyidina Al-Musthafa telah menyampaikan apa yang diamanahkan untuk disampaikan kepada kita. Dialah yang paling benar dari seluruh makhluk, orang yang diberi amanah oleh Tuhan Sekalian Alam, orang yang disucikan dengan peringatan yang bijaksana (Al-Quran). Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam tidak berbicara menurut hawa nafsu melainkan semuanya adalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.

Sabda Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam dari hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim;

" Sesungguhnya sesiapa yang berkumpul untuk mengingati Allah Taala, sesungguhnya Allah Taala menyeru malaikat; aku bersaksi kepada kamu wahai malaikat sesungguhnya Aku telah mengampuni mereka semua". Berkata sebahagian malaikat; " Di antara mereka ada hamba yang banyak melakukan dosa, mereka hadir bukan untuk mengingatiMu tetapi kerana hajat lain lalu mereka duduk bersama mereka". Firman Allah Taala: " Baginya juga keampunanKu. Mereka adalah kaum yang tidak akan ditimpa kecelakaan kepada sesiapa yang bersama mereka."

Begitulah fadhilat yang Allah berikan kepada kita dan kepada manusia. Akan tetapi, kebanyakan manusia tidak bersyukur.

Ustaz Zul menyampaikan ucapan sambil diperhatikan oleh Habib Umar

Syeikh Zulkifli (Ust Zulkifli Al-Yamani) telah mengingatkan kita - semoga Allah Taala memberkatinya dan menambahkan kebaikan kepadanya (amin) - dengan hakikat kaitan hubungan hati dengan perasaan mahabbah. Dia telah mengingatkan tentang sejarah negeri kamu, sesungguhnya hubungan dengan Allah Taala dan RasulNya Sollallahu'alaihiwasallam datang ke sini hasil dakwah dan pengajaran ahli bait Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam. Meresap perasaan cinta itu ke dalam hati, maka didapati hati yang bersih tumbuh padanya.

Demi Allah Yang Maha Agung, tidak ada satu perkara yang lebih besar dan lebih berharga yang dibawa apabila berhimpunnya makhluk di hari kiamat melainkan perasaan cinta. Tidak ada seorangpun samada yang kaya ataupun miskin melainkan sangat mengimpikan untuk bertambah kecintaan kepadaNya. Begitu juga pemimpin mahupun rakyat mengharapkan bertambahnya rasa cinta ini di dunia. Begitulah orang muda mahupun tua, lelaki mahupun perempuan masing-masing mengharapkan pertambahan rasa cinta itu di saat berkumpulnya manusia di Hari Kiamat.

Sehinggakan orang kafir yang zalim serta melampaui batas berangan-angan untuk mempunyai ikatan hubungan dengan Rasul Pilihan Sollallahu'alaihiwasallam. Tidak ada seorangpun ketika itu mengharapkan kepada hubungan dengan mana-mana negara ataupun masyarakat. Samada negara itu negara besar mahupun kecil, maju dan berkembang ataupun mundur. Begitu juga tidak ada seorangpun akan berharap untuk mempunyai hubungan dengan mana-mana badan, pertubuhan ataupun organisasi. Akan tetapi, semuanya akan mengharapkan untuk mempunyai hubungan dengan Sayyidina Muhammad Sollallahu'alaihiwasallam.

Firman Allah Taala;

" Dan (ingatlah) kepada Hari orang-orang yang zalim akan menggigit jarinya seraya berkata; aduhai kiranya dulu aku bersama dengan Rasulullah"


Dia mula mengingati mengenai hubungan yang tidak dibina atas dasar rasa sayang kerana Allah Taala dan Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam serta rasa sesal dengan perkara tersebut. Mereka berkata sebagaimana yang difirmankan oleh Allah Taala;

" Alangkah rugi dahulunya aku tidak mengambil si fulan ini sebagai teman"

Apakah alamat orang yang asalnya bersahabat kemudian bermusuh serta menyesal atas persahabatannya?

Alamatnya adalah mereka dijauhkan dari zikir dan beradab bersama syara'. Terpedaya dengan pemikiran kuffar, pandangan yang fasiq. Tidak ada padanya yang menciptakannya, tidak ada padanya yang memberi rezeki kepadanya untuk membantunya. Tidak ada baginya orang yang membawanya menuju cahaya.

Tidak ada yang akan memberi syafaat kepada mereka di Hari Kiamat,
Mereka berkata sebagaimana yang disebut oleh Allah Taala menerusi FirmanNya;

" Aku telah tersesat dari peringatan setelah mana peringatan itu datang kepadaku.."

Amatlah beruntung orang yang sentiasa bersama mengajak untuk saling mengingati Allah dan beramal dengan perintahNya di atas dunia.

Perhatikanlah kepada niatmu wahai semua yang menghadiri majlis bersamaku hari ini di tempat ini. Sesungguhnya kita sedang menghadap Ar-Rahman dan Allah Taala sedang melihat kepada hati kita.

Jangan sesekali kamu terlepas peluang. Bukan setiap masa kamu akan dapati peluang seumpama saat ini. Bukan semua perhimpunan dilimpahi dengan limpahan kebaikan seumpama ini dan bukan semua himpunan akan terjalin hubungan yang erat seumpama ikatan yang terpaut kukuh di saat ini.
Dan jadilah orang yang hadir dalam majlis bersama kami malam ini kerana Allah, mengharapkan kepada keredhaan Allah. Apabila kuatnya iman dalam dirimu dan tingginya himmah kamu, maka jadilah kamu orang yang duduk bersama kami dalam majlis ini kerana Allah.

Allah Taala dalam Hadis Qudsi berfirman;


" Aku bersama orang yang mengingatiKu"

Dalam hadis yang lain dalam Kitab Shahih Imam Bukhari dan Imam Muslim, Allah Taala berfirman;

" Dan aku bersamanya ketika dia mengingatiku.."

Maka, dengan hatimu, berzikirlah kepada Allah Taala wahai sekalian hadirin. Rasakanlah dalam jiwamu kebesaran Allah Taala. Perhatikanlah perhatian Allah Taala kepadamu, pengetahuanNya Yang Maha Luas mengenaimu. Yakinlah bahawa apa yang ada dalam hatimu adalah sama pada pengetahuan Allah Taala seumpama zahirmu. Samada yang tersembunyi darimu ataupun yang jelas terang nampak darimu.

" Sesungguhnya Allah Taala tidak akan tersembunyi darinya sesuatu pun samada di langit mahupun di bumi"

Orang-orang yang merasai hakikat ini akan selamat di hari dibentangkan amalan di hadapan Allah Taala. Mereka akan berjaya dengan perlindungan Allah Taala dan pengampunanNya.

Pada hari yang disebut oleh Allah melalui firmanNya;

" Pada hari yang dibentangkan amalan dan tidak akan tersembunyi darimu perkara yang tersembunyi"