Petikan Awal Dari Ucapan Al-Da'eiyatul Al-Islamiyy Al-'Alim al-'Allamah Al-Habib An-Nasib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz Hafizohullah
" Segala puji bagi Allah yang mengumpulkan kita untuk Dia memberi manfaat kepada kita, memberikan taufiq kepada kita berdoa kepadaNya untuk Dia mendengari rintihan kita, menjalankan di atas lidah dan hati kita dengan zikir mengingatiNya untuk Dia juga mengingati kita, dan mengizinkan adanya peringatan dengan hukum-hakamNya serta dekat denganNya dan RasulNya Sollallahu'alaihiwasallam untuk diperingatkan hati kita, menyebarkan rasa saling menyayangi untuk Dia mencintai kita, menjadikan perhimpunan ini perhimpunan kebaikan untuk kita selamat di hari perhimpunan paling besar di Hari Kiamat.
Dialah Allah Taala yang berfirman dalam Hadis Qudsi:
" Wajiblah kasih-sayangKu kepada sesiapa yang saling menyayangi keranaKu, orang yang saling berkumpul keranaKu, saling menziarahi keranaKu".
Rasululullah Sollahu'alaihiwasallam, Sayyidina Al-Musthafa telah menyampaikan apa yang diamanahkan untuk disampaikan kepada kita. Dialah yang paling benar dari seluruh makhluk, orang yang diberi amanah oleh Tuhan Sekalian Alam, orang yang disucikan dengan peringatan yang bijaksana (Al-Quran). Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam tidak berbicara menurut hawa nafsu melainkan semuanya adalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.
Sabda Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam dari hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim;
" Sesungguhnya sesiapa yang berkumpul untuk mengingati Allah Taala, sesungguhnya Allah Taala menyeru malaikat; aku bersaksi kepada kamu wahai malaikat sesungguhnya Aku telah mengampuni mereka semua". Berkata sebahagian malaikat; " Di antara mereka ada hamba yang banyak melakukan dosa, mereka hadir bukan untuk mengingatiMu tetapi kerana hajat lain lalu mereka duduk bersama mereka". Firman Allah Taala: " Baginya juga keampunanKu. Mereka adalah kaum yang tidak akan ditimpa kecelakaan kepada sesiapa yang bersama mereka."
Begitulah fadhilat yang Allah berikan kepada kita dan kepada manusia. Akan tetapi, kebanyakan manusia tidak bersyukur.
Syeikh Zulkifli (Ust Zulkifli Al-Yamani) telah mengingatkan kita - semoga Allah Taala memberkatinya dan menambahkan kebaikan kepadanya (amin) - dengan hakikat kaitan hubungan hati dengan perasaan mahabbah. Dia telah mengingatkan tentang sejarah negeri kamu, sesungguhnya hubungan dengan Allah Taala dan RasulNya Sollallahu'alaihiwasallam datang ke sini hasil dakwah dan pengajaran ahli bait Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam. Meresap perasaan cinta itu ke dalam hati, maka didapati hati yang bersih tumbuh padanya.
Demi Allah Yang Maha Agung, tidak ada satu perkara yang lebih besar dan lebih berharga yang dibawa apabila berhimpunnya makhluk di hari kiamat melainkan perasaan cinta. Tidak ada seorangpun samada yang kaya ataupun miskin melainkan sangat mengimpikan untuk bertambah kecintaan kepadaNya. Begitu juga pemimpin mahupun rakyat mengharapkan bertambahnya rasa cinta ini di dunia. Begitulah orang muda mahupun tua, lelaki mahupun perempuan masing-masing mengharapkan pertambahan rasa cinta itu di saat berkumpulnya manusia di Hari Kiamat.
Sehinggakan orang kafir yang zalim serta melampaui batas berangan-angan untuk mempunyai ikatan hubungan dengan Rasul Pilihan Sollallahu'alaihiwasallam. Tidak ada seorangpun ketika itu mengharapkan kepada hubungan dengan mana-mana negara ataupun masyarakat. Samada negara itu negara besar mahupun kecil, maju dan berkembang ataupun mundur. Begitu juga tidak ada seorangpun akan berharap untuk mempunyai hubungan dengan mana-mana badan, pertubuhan ataupun organisasi. Akan tetapi, semuanya akan mengharapkan untuk mempunyai hubungan dengan Sayyidina Muhammad Sollallahu'alaihiwasallam.
Firman Allah Taala;
" Dan (ingatlah) kepada Hari orang-orang yang zalim akan menggigit jarinya seraya berkata; aduhai kiranya dulu aku bersama dengan Rasulullah"
Dia mula mengingati mengenai hubungan yang tidak dibina atas dasar rasa sayang kerana Allah Taala dan Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam serta rasa sesal dengan perkara tersebut. Mereka berkata sebagaimana yang difirmankan oleh Allah Taala;
" Alangkah rugi dahulunya aku tidak mengambil si fulan ini sebagai teman"
Apakah alamat orang yang asalnya bersahabat kemudian bermusuh serta menyesal atas persahabatannya?
Alamatnya adalah mereka dijauhkan dari zikir dan beradab bersama syara'. Terpedaya dengan pemikiran kuffar, pandangan yang fasiq. Tidak ada padanya yang menciptakannya, tidak ada padanya yang memberi rezeki kepadanya untuk membantunya. Tidak ada baginya orang yang membawanya menuju cahaya.
Tidak ada yang akan memberi syafaat kepada mereka di Hari Kiamat, Mereka berkata sebagaimana yang disebut oleh Allah Taala menerusi FirmanNya;
" Aku telah tersesat dari peringatan setelah mana peringatan itu datang kepadaku.."
Amatlah beruntung orang yang sentiasa bersama mengajak untuk saling mengingati Allah dan beramal dengan perintahNya di atas dunia.
Perhatikanlah kepada niatmu wahai semua yang menghadiri majlis bersamaku hari ini di tempat ini. Sesungguhnya kita sedang menghadap Ar-Rahman dan Allah Taala sedang melihat kepada hati kita.
Jangan sesekali kamu terlepas peluang. Bukan setiap masa kamu akan dapati peluang seumpama saat ini. Bukan semua perhimpunan dilimpahi dengan limpahan kebaikan seumpama ini dan bukan semua himpunan akan terjalin hubungan yang erat seumpama ikatan yang terpaut kukuh di saat ini. Dan jadilah orang yang hadir dalam majlis bersama kami malam ini kerana Allah, mengharapkan kepada keredhaan Allah. Apabila kuatnya iman dalam dirimu dan tingginya himmah kamu, maka jadilah kamu orang yang duduk bersama kami dalam majlis ini kerana Allah.
Allah Taala dalam Hadis Qudsi berfirman;
" Aku bersama orang yang mengingatiKu"
Dalam hadis yang lain dalam Kitab Shahih Imam Bukhari dan Imam Muslim, Allah Taala berfirman;
" Dan aku bersamanya ketika dia mengingatiku.."
Maka, dengan hatimu, berzikirlah kepada Allah Taala wahai sekalian hadirin. Rasakanlah dalam jiwamu kebesaran Allah Taala. Perhatikanlah perhatian Allah Taala kepadamu, pengetahuanNya Yang Maha Luas mengenaimu. Yakinlah bahawa apa yang ada dalam hatimu adalah sama pada pengetahuan Allah Taala seumpama zahirmu. Samada yang tersembunyi darimu ataupun yang jelas terang nampak darimu.
" Sesungguhnya Allah Taala tidak akan tersembunyi darinya sesuatu pun samada di langit mahupun di bumi"
Orang-orang yang merasai hakikat ini akan selamat di hari dibentangkan amalan di hadapan Allah Taala. Mereka akan berjaya dengan perlindungan Allah Taala dan pengampunanNya.
Pada hari yang disebut oleh Allah melalui firmanNya;
" Pada hari yang dibentangkan amalan dan tidak akan tersembunyi darimu perkara yang tersembunyi"

0 comments:
Post a Comment