Antara Tanda Kesempurnaan Islam Seorang Muslim [Siri 2]
Sesiapa yang mengabdikan diri kepada Allah dalam keadaan merasai Allah Taala dekat dengannya dan sentiasa memerhatikan gerak-geri hatinya maka telah sempurnalah keislamannya. Hasil daripada sifat inilah, dia meninggalkan apa yang tidak mendatangkan kebaikan dan pahala untuknya pada nilai syara’. Kemudian, dia menyibukkan diri dengan usaha melakukan perkara yang akan mendatangkan kebaikan untuknya dunia dan akhirat.
Maka, lahirlah dari sifat ihsan yang wujud dalam diri seseorang itu perasaan malu kepada Allah Taala apabila dia melakukan sesuatu yang tidak disukai olehNya. Sebagaimana seseorang malu untuk melakukan perkara yang tidak mendatangkan manfaat di hadapan orang yang dihormati dan disegani olehnya.
Sabda Nabi Sollallahu’alaihiwasallam;
“ Apabila kamu tidak mempunyai perasaan malu, lakukanlah apa sahaja yang kamu inginkan”
Dalam Musnad al-Imam at-Tirmizi daripada Ibnu Mas’ud Radiaalhu’anhu dengan sanad yang bersambung kepada Rasulullah Sollallahu’alaihiwasallam; “ Malu kepada Allah Taala itu: menjaga kepala (pancaindera-mata,telinga,lidah…) dan perkara yang dilarang darinya , menjaga perut.., mengingati mati dan ujian. Dan sesiapa yang inginkan akhirat hendaklah dia meninggalkan perhiasan dunia. Sesiapa yang melakukan yang demikian itu, sesungguhnya dia telah malu kepada Allah dengan sebenar-benar malu”.
Berkata sebahagian dari mereka: “ Malulah kepada Allah dengan kadar dekatnya Allah denganmu, takutlah kepada Allah dengan kadar berkuasanya Allah ke atasmu”. Berkata sebahagian ulama’ yang dekat dengan Allah; “ Apabila kamu bercakap ingatlah pendengaran Allah terhadap ucapanmu, apabila kamu diam ingatlah penglihatan Allah kepadamu”
Antara ucapan yang pernah diungkapkan oleh sebahagian dari salaf; “ Sesiapa yang mengetahui bahawa sesungguhnya kalamnya sebahagian dari amalannya (yang akan dihisab oleh Allah), kuranglah percakapannya dari perkara yang tidak berfaedah. Dan sesiapa yang bertanya tentang perkara yang tidak bermanfaat untuknya, dia akan mendengar jawapan yang tidak disukainya”.
Dikatakan hadis ini merupakan dari Himpunan Mutiara Kata Baginda Solllahu’alaihiwasallam yang ringkas tetapi mengandungi mesej yang sangat luas dan mendalam serta tidak pernah diucapkan sebelumnya. Adapun yang diriwayatkan dari Suhuf Nabi Syis dan Nabi Ibrahim ‘Alaihima wa ‘ala Nabiyyina Afdholas Solatu was salam: “ sesiapa yang mengira kalamnya adalah sebahagian amalannya, kuranglah percakapannya dari perkara yang tidak berfaedah” khusus untuk percakapan sahaja.
Adapun Hadis Baginda Sollallahu;alaihiwasallam yang disebut diatas meliputi perkara yang lebih umum dari sekadar percakapan. Ianya meliputi segala perkara yang dianggap tidak membawa kebaikan dan faedah kepada manusia. Segala perkara dari permainan, hiburan, perkara yang menjatuhkan maruah, berlebihan dalam perkara dunia, gilakan pangkat dan kedudukan, suka dengan pujian dan segala perkara yang lain dari perkara yang tidak memberi kebaikan dan pahala DI SISI ISLAM termasuk dalam perkara membuang masa yang ditegah dalam Islam. Bukan kerana itu manusia dicipta oleh Allah.
Berkata al-Hassan al-Basri Radiallahu’anhu: “ Kami mendapati satu kelompok manusia yang sangat cermat menjaga waktu mereka lebih cermat dari kamu menjaga wang emas dan wang perakmu. Sebagaimana kamu tidak suka membelanjakan wang itu melainkan di tempat yang mampu membawa pulangan yang besar padamu, begitulah mereka tidak suka memperuntukkan masa yang ada melainkan dengan melakukan perkara yang akan menghasilkan kebaikan pahala dan ganjaran di sisi Allah”
Bersambung dalam siri akan datang….

0 comments:
Post a Comment